Rata-rata pengusaha kurang faham mengenai sistem perakaunan dan mengadaptasikan ke dalam urustadbir sesuatu perniagaan. SME yang terdiri daripada syarikat persendirian (sole proprietor) atau yang berdaftar sebagai syarikat sdn.bhd. selalu menghadapi masaalah rekod sistem perakaunan.
Sepanjang 15 tahun menjadi auditor, masih banyak pengusaha dan pengarah syarikat yang berstatus SME tidak mengambil berat hal berkaitan perakaunan. Di sini saya akan berkongsi apakah yang patut dilakukan oleh pengusaha SME.
Apakah kepentingan perakaunan?
- Kawalan kewangan syarikat
- Prestasi perniagaan syarikat
- Pembiayaan kewangan dari bank dan agensi kerajaan
- Cukai pendapatan
Bagaimana merekod maklumat perakaunan (Asas)?
TAHAP I
Secara ringkas maklumat perakaunan boleh dibahagikan kepada 2.
- Berdasarkan rajah di atas, kedua-dua rekod INVOICE dan VOUCHER mestilah jelas dan rekodnya mestilah disusun berdasarkan urutan nombor dan bulanan.
- Sekiranya jualan anda adalah di dalam bentuk tunai, sila cetak dan hasilkan resit serta simpannya mengikut jualan tunai sama ada harian mahupun bulanan.
NOTA RINGKAS
Tarikh akhir penyerahan Borang BE adalah pada April 30,2015.

No comments:
Post a Comment